Monday, April 18, 2011

Nasi Lemak

Apa itu nasi lemak?

Nasi lemak boleh dianggap sebagai masakan Melayu tradisional yang paling terkenal.


Yang berikut ialah bahan-bahan yang diperlukan untuk masak nasi lemak dan sambalnya:

Bahan Nasi Lemak:
500 gm beras ( dikosek & ditoskan)
3 ½ cawan santan
Garam secukup rasa
3 helai daun pandan (disimpulkan)

Sajian-sajian Tambahan:
125 gm kangkung (dicelur & ditoskan)
2 biji telur (direbus,dibuang kulitnya & dihiris)
1 biji sedang timun (dipotong tebal-tebal)
90 gm kacang tanah (digoreng & dikupas kulitnya)
250 gm ikan selar kuning (diperap & digoreng)
1 sudu serbuk kunyit (digaulkan,untuk memperasakan ikan)
Garam secukup rasa

Bahan Sambal:
125 gm ikan bilis kerin (disiang, direndam & ditoskan)
125 gm bawang merah
60 gm lada kering (direndam & ditoskan)
6 biji buah keras
5 cm belacan (dibakar)
2 sudu minyak makan
1 batang serai (dititik)
1 cawan santan
1 sudu gula pasir
Garam & serbuk perasa secukup rasa
¾ cawan air asam jawa pekat

Cara:

Untuk memasak nasi:

  1. Satukan semua bahan dalam sebuaha periuk.
  2. Masak dengan bertutup,atas api yang kecil,hingga nasi masak & cukup kering airnya.
  3. Kerah nasi dengan garpu untuk menggemburkannya.
  4. Buangkan daun pandan & isikan nasi ke dalam pinggan.


Untuk membuat sambal:

  1. Giling kelima -lima bahan yang pertama.
  2. Pijarkan minyak & tumiskan bahan giling hingga garing.
  3. Masukkan air asam jawa & teruskan memasak hingga keluar minyaknya.
  4. Buangkan serai.
  5. Rasalah asam garamnya & isikan ke dalam mangkuk.
  6. Hidangkan nasi lemak paans-panas atau sejuk, dengan sambal & sajian-sajian tambah.

Khasiat Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan:


Sumber Tenaga Utama: Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan membantu otak untuk berfungsi secara normal.


Rendah Kolestrol: Nasi sangat bagus untuk kesihatan, fakta mengatakan bahawa nasi tidak mengandungi lemak berbahaya, kolesterol atau sodium. Dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.


Kaya Vitamin: Nasi merupakan sumber yang kaya vitamin dan mineral seperti niasin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, tiamin dan riboflavin.


Tekanan Darah Tinggi: Seperti yang kita tahu kandungan sodium (garam) dalam beras adalah rendah, dan merupakan makanan terbaik bagi mereka yang menderita tekanan darah tinggi dan hipertensi.


.

Pencegahan Kanser: Beras gandum seperti beras perang kaya dengan serat larut yang dapat melindungi daripada kanser. Banyak saintis percaya bahawa serat larut tersebut sangat penting untuk melindungi tubuh daripada pembiakan sel kanser.


Cirit Birit: Bahagian kulit padi dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengubati cirit birit. Sekam padi yang berusia lebih kurang tiga bulan mempunyai sifat diuretik. Orang Cina percaya bahawa beras sangat meningkatkan nafsu makan, menyembuhkan penyakit perut dan gangguan pencernaan.


Kulit: Pengamal perubatan mengatakan serbuk/air beras boleh menyembuhkan beberapa penyakit kulit. Di India, air beras digunakan oleh pengamal ayurveda sebagai ’krim‘ yang berkesan untuk menyejukkan permukaan kulit yang terbakar.

No comments:

Post a Comment